Lirik Lagu Perlukanmu (OST Dia Semanis Honeymoon Astro Ria) - Siti Nordiana

Lirik Lagu OST Drama Dia Semanis Honeymoon Astro Ria (Episod 3) - Perlukanmu (Siti Nordiana)

Asingnya terasa debaran di dada..
Ingin ku pinggirkan namun tak terdaya..
Mengapakah hati terbuka sendiri
Mengharapkan pesona tiada pasti..

Andainya kau rasa apa yang ku rasa
Berikan ku tanda mendamaikan resah..
Seringku bertamu ke lautan rindu..
Mengharap selalu kehadiranmu..
-ostdramatv-
#
Jangan-jangan biarkan lama ku menunggu
Ungkapan kasih sayang darimu..
Jangan-jangan biarkan diriku sepi..
Mengertilah sayang ku perlukan mu..

Huuu...

Haruskah ku yang memulakan bicara
Gementar bibirku tandus kata-kata..
Seandai kau jua memendamkan rasa
Pandanglah wajahku dan bisikan cinta..

ulg #

loading...

Posted by ostdramatv - Lirik Lagu OST Drama TV

0 comments:

Kebanyakan lirik lagu hanya ost mengikut dalam drama tv bukan lagu penuh dan admin tengok setiap drama untuk tahu semua lagu ost.. admin tak larat taip panjang2, harap maklum dan salam sayang..